February 2019

CNY di Kelate & Cameron Highland Trip


Helloooo guyssss, new entry is coming to you! Dah late March (NOVEMBER ACTUALLY HAHAH) ni baru la terhegeh terhegeh nak post about my February kan LOL :D. Takpelah better late than never kan. Soooooooo yah, my February so far pun so good! Behave betul diorang ni kan. Harap behave sampai end of year in shaa Allah. Kita start dari awal bulan lah ekk. My husband ambil cuti panjang masa CNY haritu sebab memang plan nak balik his hometown which is KELATE! But but before that he never tell me yang dia dah amik leave taw. He want to surprise me lah konon sebab only god knows how many time I keep sebut nak balik Kelantan nak balik Kelantan *merengek macam kiddos* tapi husband selalu cakap jauh la and tak larat kalau setakat nak balik 2 3 hari. I still remember masatu husband tak sebut langsung pasal balik sana sampai I give up and ada tu 3 hari before kot cakap dengan husband takpelah sayang kalau tak balik Kelate pun okay jugak you boleh rest at home for 2 days kan *nak pujuk hati sendiri sebenarnya huu*. Still eh he's not telling me yang dia dah apply cutiiiii eeeee jahat apela husband nii. Kantoi pun sbb masatu esoknya I baca wassap dia dengan his CRM bout apply leave. Haishh geram je dia ni taw tanak bagitau kitaaa. Happy gila lepas dapat tahu tu and straight away in my mind terfikir pasal Kelantan's foody. Awhhhh sebenarnya kan tu la main reason nak balik sana. hahah. Banyak reason la I suka balik kelantan. Few reason nya baca la gambar bawah ni reason reason dia I malas taip banyak banyak sini.



Bersyukur sangat dapat husband yang duduk jauh. Even ramai kat fb kata suruh cari jodoh setaman but no no for me! Sebab saya tak pernah rasa balik kampung jauh2 ni sebab my mom and dad punya kampung dekat je Rembau sana. Rumah my ayah punya mak lagi lah pulak dekat seremban ni je dalam 10 minit sampai dah. But now both my nenek dah meninggal and jarang sangat dah balik kampung. Anyway, boleh tak sedekahkan Al-Fatihah buat my arwah nenek? Thank youuu! Semoga mereka tenang tenang je dekat sana aminnnn. And finally I dapat apa I nak. Happy me yayy!

Next, I nak share my trip ke Cameron Highland pulak. Trip kalini beza sikit sebab I tak pergi dengan husband. I pergi dengan my uni friend, Ira. Look eh tadi kat gambar atas tu baca pasal I dengan husband always melekat 24/7 kan? YES ITS TRUEEE! Dari awal kahwin sampai now tak pernah la berpisah jauh jauh lama lama. Jangan cakap kahwin la, time cintan cintun dulu pun sama tak boleh pisah lama lama since day 1 kitorang rapat. Clingyyyy weii ahaha. Sooo, I decided my trip kalini I nak belajar berdikari. Since kahwin I rasa diri dah jadi manja sangat and not independent. I tak pernah drive jauh sorang2, semua benda ada husband dekat dengan I tolong I teman I. and I think this is sangat lah very the not good! Malah tak sihat untuk myself. I nak challenge myself yang I can be independent too! Thats why I on je pergi CH without husband. Dah lama teringin nak pergi sana sebab last time I pergi masa semol sangat masatu sekolah rendah. And dah tak ingat apa apa pasal kat sana. Banyak kali jugak ajak husband tapi fikir fikir kesian la husband cuti pun sabtu ahad je and husband pun macam tak berminat je sebab dia fikir penat hahah. Plus dari JB ni sangat lah jauh yakmatt. Kebetulan masatu I tengah dm dengan Ira and she said dia ada cuti panjang habiskan leave tahun lepas so terus ajak dia and ya I suka gila jenis kawan on je tanpa bagi alasan cliche ni. Nak pergi cakap je nak, taknak pergi cakap taknak and no need to bagi excuse berjela since sekarang dah 2019 and you tak perlu explain panjang2 pun. Takde paksaan huu. Tapi part funny nya, I suruh Ira turun JB baru gerak pergi CH. Walhal si Ira ni stay KL LOL. Sebenar benarnyaaaa kan I ingat nak ke CH ni dari JB terus ikut jalan mersing macam selalu balik kelantan tu hahah LOL punya seketoi ayu. Kan dah cakap I dah lama tak pergi CH mana tahu pasal jalan2 ni. Tp okay la kan at least dari JB ke CH ada teman sebelah sebab tu kira first time I drive jauh and only me yang drive. Ira awal2 dah surrender sebab she got no license. Kira sekarang I amek husband's responsibility which drive jauh2. I rasa semangat gila maybe sebab I challenge myself kan so macam ego tu cakap yes ayu yes you can do it yukenduittttttt!

Plan awal nak gerak dari JB ke CH pagi buta pukul 3/4 pagi camtu so konon boleh sampai pukul 8 pagi and breakfast dekat sana tapi terlajak tidur pulak. hshshshs. Kami gerak pagi Isnin tu dalam pukul 7 pagi dari JB ke KL so far semua okay take time dalam 3 jam. Dekat kl nak ke highway tu sesat plus jammed sangat. Supposed perjalanan 2 jam jadi dekat 4 jam aiyoo nasib la masa dari JB ke KL speed habis. Kalau tak entah sampai sana malam sudahnya apa pun tak dapat. We reach CH dalam pukul 3 lebih, ngam2 timing untuk check in hotel which nak cari hotel pun sesat almost 30 minutes ahaha. Stress jugak la sebab berpusing2 cari tp tak jumpa even dah tanya orang. Dah la dari Jb drive sorang kan huu letih lemau jugak sebab tak lunch lagi. Tapi letih hilang bila tengok hotel kitorang tu cantik and sangat cool. Dah la harga murah maybe sebab pergi weekdays. But I memang recommend kalau nak pergi CH sila pergi weekdays okay! Sumpah jalan tak jammed and you boleh jimat masa perjalanan dari satu tempat ke another one. Hotel kami duduk tu Hotel Casa De La Rosa. Serius I bagi 4 and a half star out of 5. Tenang and cantik and paling best dia dekat dekat je dengan tempat tempat yang kami nak pergi. Even kami pergi 1 day trip je pun still banyak tempat and worth it. So here I list kan tempat2 yang kitorang pergi.




Selfie dulu satu kali. Masa ni jammed teruk dekat KL.


1- Nasi Lemak Sambal Strawberry - 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry

Plan awai konon nak breakfast tp sampai pun dah pukul 3 petang sudahnya lunch. Cafe ni sangat la dekat dengan hotel kitorang duduk. Tak sampai 3 minit pun. Price range less than RM15/person.


2- Avant Chocolate Cameron Highland

Kebanyakkan orang tak sempat singgah sini kalau weekend sebab quite far and tambah2 kalau jam kan lagi lah tak koserrr. Tengoklah semua desert and ice cream tuuuuu so tempting. Yumsss




3- Ladang Teh Sg Palas

Dalam banyak2 ladang teh I rasa ni yg paling canssss. The viewwwwwwww for sure. Pergi weekdays naik atas tu dalam 15 min je dah sampai. Tapi tetap ramai orang lah. Boleh beli segala macam jenis teh kat sini.






4- Taman Rama-Rama

Wajib pergi I guess sebab I ingat lagi masa kecik pernah masuk sini. RM7 per entry untuk dewasa. Kids murah lagi lah kan for sure. Even orang kata takde apa pun but we spend almost beberapa jam jugak lahh ahaa. And not only rama rama je ada jugak few animals macam ular, centipede and so on. Sampai2 je ada one cute butterfly landing dekat bahu. Maybe sbb dia tengok ada bunga kat baju kita kot huu




p/s: cuba kira berapa ekoq kepala ular korang nampak?

5- Taman Lavender

Last place before balik tu singgah sini. Masuk RM10 je kena bayar. Kinda worth it sbb kat sini dah ada macam2. What you should try if datang sini? Ice cream lavender dia!! Rasa dia macam weird taw tapi sedap tapi weird tapi tula sedap. Kat sini pun ada kedai2 jual kaktus kecit2 tu. Tapi I tak beli sini. I beli dekat sebelah Taman Rama Rama tadi tu ada satu kedai jual kaktus semua. Kat Lavender ni banyak bunga2 cantik colorful segar and wangi. And ada juga untuk petik stroberi sendiri.






Kemain happy muka petik stoberi je pun LOL



So thats it. End of short get away. Even ada 1 day and a half je still we manage to go to many places. And challenged accepted. Now Im officially an Independent Woman (LOOOOOOLLLLLL HSHSSHS). Anyway sila pergi weekdays okay sbb you takde lah habis kan masa dekat atas jalan raya. Unless kalau naik motor pergi then okay weekend. Plus weekend ada pasar malam yang femes tu. Pasar Malam Brinchang tapi dah tukar location rasanya. Sila guna khidmat encik Google ya. Okay tbh sebenarnya kan dah lama simpan dalam draft cuma now only I have time (mood actually) to update blog. Masa pergi ni February and this one sepatutnya I post on Feb tapi itulah now dah November hiks and fyi on June haritu pun pergi Cameron sekali lagi but that time dengan family and husband pulak. I suka this place so nak jugak my husband pergi and rasa apa I rasa. But kami pergi masa weekend and guess what, masa nak naik Ladang Teh Sg Palas tu je it takes more than 2 hours. Time turun tu je okay sikit *but still sejam liddat* sebab dah petang so orang tak naik dah tempat tu. Deswai I suggest sila pergi on weekday. Okayssss? Till next time. So many things happened, so much happiness but I tak dan lagi update sini. Maybe tunggu December and I summarize semua jela nanti. Adoiii lah konon awal blog dulu nak buat entry per month. Sudahnyaaaa hshshhs. Okiessss boii.











No comments:

Post a Comment