February 2019

CNY di Kelate & Cameron Highland Trip


Helloooo guyssss, new entry is coming to you! Dah late March (NOVEMBER ACTUALLY HAHAH) ni baru la terhegeh terhegeh nak post about my February kan LOL :D. Takpelah better late than never kan. Soooooooo yah, my February so far pun so good! Behave betul diorang ni kan. Harap behave sampai end of year in shaa Allah. Kita start dari awal bulan lah ekk. My husband ambil cuti panjang masa CNY haritu sebab memang plan nak balik his hometown which is KELATE! But but before that he never tell me yang dia dah amik leave taw. He want to surprise me lah konon sebab only god knows how many time I keep sebut nak balik Kelantan nak balik Kelantan *merengek macam kiddos* tapi husband selalu cakap jauh la and tak larat kalau setakat nak balik 2 3 hari. I still remember masatu husband tak sebut langsung pasal balik sana sampai I give up and ada tu 3 hari before kot cakap dengan husband takpelah sayang kalau tak balik Kelate pun okay jugak you boleh rest at home for 2 days kan *nak pujuk hati sendiri sebenarnya huu*. Still eh he's not telling me yang dia dah apply cutiiiii eeeee jahat apela husband nii. Kantoi pun sbb masatu esoknya I baca wassap dia dengan his CRM bout apply leave. Haishh geram je dia ni taw tanak bagitau kitaaa. Happy gila lepas dapat tahu tu and straight away in my mind terfikir pasal Kelantan's foody. Awhhhh sebenarnya kan tu la main reason nak balik sana. hahah. Banyak reason la I suka balik kelantan. Few reason nya baca la gambar bawah ni reason reason dia I malas taip banyak banyak sini.



Bersyukur sangat dapat husband yang duduk jauh. Even ramai kat fb kata suruh cari jodoh setaman but no no for me! Sebab saya tak pernah rasa balik kampung jauh2 ni sebab my mom and dad punya kampung dekat je Rembau sana. Rumah my ayah punya mak lagi lah pulak dekat seremban ni je dalam 10 minit sampai dah. But now both my nenek dah meninggal and jarang sangat dah balik kampung. Anyway, boleh tak sedekahkan Al-Fatihah buat my arwah nenek? Thank youuu! Semoga mereka tenang tenang je dekat sana aminnnn. And finally I dapat apa I nak. Happy me yayy!

Next, I nak share my trip ke Cameron Highland pulak. Trip kalini beza sikit sebab I tak pergi dengan husband. I pergi dengan my uni friend, Ira. Look eh tadi kat gambar atas tu baca pasal I dengan husband always melekat 24/7 kan? YES ITS TRUEEE! Dari awal kahwin sampai now tak pernah la berpisah jauh jauh lama lama. Jangan cakap kahwin la, time cintan cintun dulu pun sama tak boleh pisah lama lama since day 1 kitorang rapat. Clingyyyy weii ahaha. Sooo, I decided my trip kalini I nak belajar berdikari. Since kahwin I rasa diri dah jadi manja sangat and not independent. I tak pernah drive jauh sorang2, semua benda ada husband dekat dengan I tolong I teman I. and I think this is sangat lah very the not good! Malah tak sihat untuk myself. I nak challenge myself yang I can be independent too! Thats why I on je pergi CH without husband. Dah lama teringin nak pergi sana sebab last time I pergi masa semol sangat masatu sekolah rendah. And dah tak ingat apa apa pasal kat sana. Banyak kali jugak ajak husband tapi fikir fikir kesian la husband cuti pun sabtu ahad je and husband pun macam tak berminat je sebab dia fikir penat hahah. Plus dari JB ni sangat lah jauh yakmatt. Kebetulan masatu I tengah dm dengan Ira and she said dia ada cuti panjang habiskan leave tahun lepas so terus ajak dia and ya I suka gila jenis kawan on je tanpa bagi alasan cliche ni. Nak pergi cakap je nak, taknak pergi cakap taknak and no need to bagi excuse berjela since sekarang dah 2019 and you tak perlu explain panjang2 pun. Takde paksaan huu. Tapi part funny nya, I suruh Ira turun JB baru gerak pergi CH. Walhal si Ira ni stay KL LOL. Sebenar benarnyaaaa kan I ingat nak ke CH ni dari JB terus ikut jalan mersing macam selalu balik kelantan tu hahah LOL punya seketoi ayu. Kan dah cakap I dah lama tak pergi CH mana tahu pasal jalan2 ni. Tp okay la kan at least dari JB ke CH ada teman sebelah sebab tu kira first time I drive jauh and only me yang drive. Ira awal2 dah surrender sebab she got no license. Kira sekarang I amek husband's responsibility which drive jauh2. I rasa semangat gila maybe sebab I challenge myself kan so macam ego tu cakap yes ayu yes you can do it yukenduittttttt!

Plan awal nak gerak dari JB ke CH pagi buta pukul 3/4 pagi camtu so konon boleh sampai pukul 8 pagi and breakfast dekat sana tapi terlajak tidur pulak. hshshshs. Kami gerak pagi Isnin tu dalam pukul 7 pagi dari JB ke KL so far semua okay take time dalam 3 jam. Dekat kl nak ke highway tu sesat plus jammed sangat. Supposed perjalanan 2 jam jadi dekat 4 jam aiyoo nasib la masa dari JB ke KL speed habis. Kalau tak entah sampai sana malam sudahnya apa pun tak dapat. We reach CH dalam pukul 3 lebih, ngam2 timing untuk check in hotel which nak cari hotel pun sesat almost 30 minutes ahaha. Stress jugak la sebab berpusing2 cari tp tak jumpa even dah tanya orang. Dah la dari Jb drive sorang kan huu letih lemau jugak sebab tak lunch lagi. Tapi letih hilang bila tengok hotel kitorang tu cantik and sangat cool. Dah la harga murah maybe sebab pergi weekdays. But I memang recommend kalau nak pergi CH sila pergi weekdays okay! Sumpah jalan tak jammed and you boleh jimat masa perjalanan dari satu tempat ke another one. Hotel kami duduk tu Hotel Casa De La Rosa. Serius I bagi 4 and a half star out of 5. Tenang and cantik and paling best dia dekat dekat je dengan tempat tempat yang kami nak pergi. Even kami pergi 1 day trip je pun still banyak tempat and worth it. So here I list kan tempat2 yang kitorang pergi.




Selfie dulu satu kali. Masa ni jammed teruk dekat KL.


1- Nasi Lemak Sambal Strawberry - 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry

Plan awai konon nak breakfast tp sampai pun dah pukul 3 petang sudahnya lunch. Cafe ni sangat la dekat dengan hotel kitorang duduk. Tak sampai 3 minit pun. Price range less than RM15/person.


2- Avant Chocolate Cameron Highland

Kebanyakkan orang tak sempat singgah sini kalau weekend sebab quite far and tambah2 kalau jam kan lagi lah tak koserrr. Tengoklah semua desert and ice cream tuuuuu so tempting. Yumsss




3- Ladang Teh Sg Palas

Dalam banyak2 ladang teh I rasa ni yg paling canssss. The viewwwwwwww for sure. Pergi weekdays naik atas tu dalam 15 min je dah sampai. Tapi tetap ramai orang lah. Boleh beli segala macam jenis teh kat sini.






4- Taman Rama-Rama

Wajib pergi I guess sebab I ingat lagi masa kecik pernah masuk sini. RM7 per entry untuk dewasa. Kids murah lagi lah kan for sure. Even orang kata takde apa pun but we spend almost beberapa jam jugak lahh ahaa. And not only rama rama je ada jugak few animals macam ular, centipede and so on. Sampai2 je ada one cute butterfly landing dekat bahu. Maybe sbb dia tengok ada bunga kat baju kita kot huu




p/s: cuba kira berapa ekoq kepala ular korang nampak?

5- Taman Lavender

Last place before balik tu singgah sini. Masuk RM10 je kena bayar. Kinda worth it sbb kat sini dah ada macam2. What you should try if datang sini? Ice cream lavender dia!! Rasa dia macam weird taw tapi sedap tapi weird tapi tula sedap. Kat sini pun ada kedai2 jual kaktus kecit2 tu. Tapi I tak beli sini. I beli dekat sebelah Taman Rama Rama tadi tu ada satu kedai jual kaktus semua. Kat Lavender ni banyak bunga2 cantik colorful segar and wangi. And ada juga untuk petik stroberi sendiri.






Kemain happy muka petik stoberi je pun LOL



So thats it. End of short get away. Even ada 1 day and a half je still we manage to go to many places. And challenged accepted. Now Im officially an Independent Woman (LOOOOOOLLLLLL HSHSSHS). Anyway sila pergi weekdays okay sbb you takde lah habis kan masa dekat atas jalan raya. Unless kalau naik motor pergi then okay weekend. Plus weekend ada pasar malam yang femes tu. Pasar Malam Brinchang tapi dah tukar location rasanya. Sila guna khidmat encik Google ya. Okay tbh sebenarnya kan dah lama simpan dalam draft cuma now only I have time (mood actually) to update blog. Masa pergi ni February and this one sepatutnya I post on Feb tapi itulah now dah November hiks and fyi on June haritu pun pergi Cameron sekali lagi but that time dengan family and husband pulak. I suka this place so nak jugak my husband pergi and rasa apa I rasa. But kami pergi masa weekend and guess what, masa nak naik Ladang Teh Sg Palas tu je it takes more than 2 hours. Time turun tu je okay sikit *but still sejam liddat* sebab dah petang so orang tak naik dah tempat tu. Deswai I suggest sila pergi on weekday. Okayssss? Till next time. So many things happened, so much happiness but I tak dan lagi update sini. Maybe tunggu December and I summarize semua jela nanti. Adoiii lah konon awal blog dulu nak buat entry per month. Sudahnyaaaa hshshhs. Okiessss boii.











January 2019

Singapore Daytrip and Ayu turns Twenty7๐Ÿ’›

Alhamdulillah, finally i have kekuatan untuk post new entry here. LOL kekuatan sangat๐Ÿ˜†. Okay entry kali ni saya just nak story je how's my January goes. Guess itsahh good start for this year. Well at least i dont spend all of my time dekat rumah je dengan games. Now we have new routine, like every saturday we have potluck and movie marathon dengan my small family *husband's friends and fam* dekat jb ni. And dalam that month jugak on saturday i and husb pergi breakfast *benda paling jarang jarang berlaku*. seeee, i bangun awaii pagi kot hari sabtuuu. hee. Okay yang paling menarik in January happened to me was Singapore day trip and my small birthday celebration. I feel so blessed. What a good start. So much happiness in my life, terima kasih ya Allah.
*breakfast ikea but both tak mandi lagi thanks filter :P*




Okay first, lets talk about Singapore day trip. Tbh, I never been there before. Yeap, my husband memang working there but even he also tak pernah jalan jalan Singapore lg. Tempat kerja husband pun dekat Choa Chu Kang tu je which is 5 minutes je dari kastam LOL. Dulu awal2 memang niat nak masuk sana tu ada on saturday or sunday tp bila i fikir2 balik nak kena beratur awal pagi lalu kastam and so on terus rasa macam hmm takpelah lupa kan je niat tu. Not that desperate pun so i takde lah push husband untuk pergi sebab memang i sendiri malas nak hadap. Husband saya ni jenis kalau wife on dia okay je ikut sokmo, kalau wife off pun dia akan terima dengan redha heheh *sayang bini :P*. Alright, so nak jadi cerita my sister in law punya husband dari kl ada gathering dkt Johor. Siang nya my sil tu takde aktiviti apa2 hanya her husband je involved with another staff, just malam je ada dinner dekat hotel untuk family. So she decided nak pergi singapore bawak kids sekali. Alang2 I ada sini, sil pelawa i ikut sekali sebab my sil ambil pakej siap kereta and driver untuk bawak jalan dalam singapore. And yeah, tbh sehari memang tak cukup sebenarnya sebab dekat kastam je untuk kereta masatu dah sangkut dalam 3-4 hours pergi and balik. Masa masuk sg tu gerak dalam pkl 10 pagi dari jb, sampai sana dalam pukul 1pm macamtu.

First place yg kami pergi, Gardens by The Bay. You know what? you need the whole day untuk habiskan the place. I just cant get enough with all the flora there. I was amazed gila sangat cantik okayyy. Dalam Gardens by The Bay tu ada banyak part. Yang kami pergi masatu, part Children's Garden, Cloud Forest and Flower Dome. OCBC Skywalk we have the tickets tapi at that time diorang tutup kawasan tu sbb raining. Sooosadddddddddd. Dalam tu je, right after nampak je bunga bunga segar, mashaAllah boleh jadi tak keruan sis. Start dari awal masuk sampai la the end i non stop wow wow wow wow omg omg and wow againn LOL. Siriusss tak tipu, memang sangat cantik and dalam tu boleh tahan sejuk you might need a sweater i guess. Actually, they said kalau pergi malam around 7pm tu way lagi syiokkk sebab ada lampu lampu and show like dance or something *not sure show apa*. OMG imagine bunga and lampu combo what else do you need? dah la i suka lampu lampu ni eeee. Even my sissy in law pun cakap, next time we need to find one day and go here at night. Sure akan repeat dengan husband. Oh lupa, i pergi tu hari jumaat and husband is werkin' sebab tu tak dapat join us. Soooooooosadddd takde husband sekali. Next time kita pergi okay husbaby, you belanja :P. We all dekat situ sampai la dalam pukul 4pm liddat, and driver datang pick us and bawak kami pergi Merlion Bay. Hah, tula trademark Singapore. Yang ada 2 Lion besaq tu. Wajib pergi and tangkap gambaq okay sbb kalau tak sia sia la korang masuk sana. Dua place tu je kami sempat pergi since we need to rush back to jb untuk dinner at night.





Otw back to jb tu sempat singgah kat Masjid Sultan Singapore untuk solat and buy some souvenir dekat depan masjid tu ada macam kedai souvenir. *Dalam Garden by The Bay td pun ada kedai souvenir jugak tapi quite pricey lah huu*. and ohh, kalau tengok balik sama je macam Jonker Street dkt Melaka and Jalan Tar Kuala Lumpur. Harga semua in dollar dollar la tapi heheh. Before balik tu sil nak merasa makanan wajib dekat singapore which is sup tulang merah. Sayang nya i tak boleh makan sebab they use kambing. I tak reti makan kambing! Fact, i tak makan kambing. Husband and his family pulak hantu kambing adoii. but husband cakap thats a great things sebab nya he dont need to spend more on kambing since harga mahaiii. Kalau i minat kambing habislah husband setiap minggu masuk Tony Romas. LOL ahah botak kau nanti yangg. Okay so far tu jela cerita dekat sana. It was great, really tak tipu. You guys should go at least. USS i tak ada rezeki lagi nak pergi. in shaa Allah one fine day kot kalau mood nak berjalan sana maii.


Next is, my birthday celebration. Alhamdulillah, iam turning 27 y/o this year. Paling best at that time balik seremban so i have my family at my side celebrating my birthday too. Idk why but am so excited that my age plus one. Maybe now i have everything that i want so i rasa macam i have nothing to worry dah. Rasa macam dah settle down even fact still belum fully settle down lagi. Just half tapi tula rasa dah bersyukur sangat for what i've today. Whats more exciting on birthday? of course la hadiahhhhh dari husband tersaaaayang. hehe. The plan asal is, I expect husband belikan je anything. but then he asked me what i want sbb takut beli mahal2 tapi i dont like. Husband know me well sbb kalau i tak suka tu memang tak boleh bawak bincang dah. I ask him back you plan wanna buy for me apa? you guys know what's his answer? he answered 'my plan is to ask you what you want for birthday' LOLLL am cryin' guys hahaa. apela husband ni. So on that night i tak tidur sebab fikir what i want. Tak tahu nak apa sebenarnya. Siap google what women want on their birthday okay hahah. But most of the idea they suggest is boring and cheap. I pun fikir la apa lagi wishlist yang mahal2 belum dapat. Tiber banyak pulak benda nak hahaha. I ss few things yang i want and keep dalam husband phone. Konon nanti dalam few list tu biar husband choose mana yang dia nak beli and give me. so still la kira surprise enn sebab i tak tahu which one yang dia akan beli. But nope in the end, husband siap cakap jom nanti pergi dengan i sama sama and buy what you want. =.=' psttt dont marry an engineer please girls hahaahaha.

So haritu pergi la cari hadiah for me. I decide nak beli perfume since before ni my mil ada tanya whats your fav perfume time tu kitorang semua berkumpul and mil tunjuk her new perfume collections. and i was like err idk. hahah and mil cakap jolo ko (in other word means betul ke), at least we women sure have something yang kita minat. Then only i realize, all this time i obses dekat baju, kasut and handbag je. Perfume tu ada cuma i am not really into it. sebab dekat rumah je kan i dont need perfume *dah wangi wkwk*. tapi tengok mil ada perfume mahai2 i pun nak jugak lah since husband bayarkan hehe. masa lalu swarovski husband tarik tangan i masuk dalam and ada satu bracelets tu cantik. husband tanya nak tak if i buykan that one for you. i pun apa lagi, mestilah nak kan. hahaha. try try the size tak ngam on me. even the seller cakap size s pun akan quite big jugak for me. erghh annoying jugak kan kurus ni hahah. terus macam hilang selera nak beli. but hey i nak jugak nanti pow husband satu bracelets swarovski next time. dah lama teringin nak bracelets tp tengok dekat shoppe harga 15 hengget je ntah berapa hari la tahan nya kan. Alang2 nak beli pakai lama better cari yg kualiti and mahai terus. Haritu masuk swarovski pun tengok harga semua okay la affordable lagi tak lah seyahudi mana pun the price. in shaa Allah next month ke weeee. Okay so masuk la VS. Jarang2 masuk sbb i bukan jenis mall punya orang. selalu online shopping je. Rambang mata la pulak haihh. So many choices and rasa nak beli semuaaaaa je *tersedar rakyat marhaen tetiba* hahah. Dah beli perfume and body mists ternampak pulak pajamas vs tu adoii geram je. tengok price dalam RM400. terus masuk wishlist. Nak beli time tu takut termenyesal pulak sb i boleh dapat 2,3 pasang kasut ahaha. so next time okay! dont know when tp dalam masa terdekat ni i akan usahakan cewahhh. Tu jela story i for January. All i know is am so happy with my life. May this comfortable life never ends. In shaa Allah, things get better day by day. Syukur Alhamdulillah. Thank you Allah sebab hadirkan best people around me. My family, my husband, and small circle friends yang sangat membahagiakan termasuk lah my new friends dekat fortnite games. Later ada masa i update about this so called 'addicted games' *sebab dah habis beratus dekat fortnite* and also activity kami husband and wife dekat rumah as a gamers.







p/s; untuk February kita update next month okay. And I cant wait for the next short escape. Stay tuned!

2019


...ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…



Hi guys, so this is gonna be my very the 1st post ever *cliche*. umm where to start eh? nahhh, feels awkward tho. still valid ke people baru buat blog on 2019? *cried*. but it's never too late to start all over again kan? Before start, lemme introduce myself first. Saya ayu mastura and Iam 27 y/o this year *OMG*, a beautiful wife to Muhammad Zahid Saizul and a housewife. Okay actually saya dah ada blog when i was young dulu dulu tapi for some reason i deleted it. dah lama dah niat nak berblog semula since facebook keep throw me with some memories about my blog so macam meluap luap rasa ni nak ada blog again and again. currently i got one mini blog dekat apps dayre.me tapi i realized yang macam its not convenient since its just can be updated through mobile je. maybe later iam gonna use that dayre untuk on the go update je kot. yeah sebenarnya time nak buat semula blog ni pun i still thinking berjuta kali *over taw* patut tak saya buat? rajin ke nak update panjang berjela? or adakah ni akan jadi the first and the last post? LOL. kita tengok je la jauh mana semangat seorang ayu ni. hah!

Okay now lets talk about main highlight of this post. 2019 a.k.a Twenty-Nineteen. So good bye 2018 as we all needs to move on no matter what. Thank you for another great year that full with joy and happiness. End my 2018 by spending time with the most important people in my life (family, family in-law and sweet husband of course). I do appreciate and thankful to god for whatever and wherever i am today. Alhamdulillah sebab diberikan peluang untuk bernafas lagi. Okay new year ni for many people is a chance to start afresh, to make resolutions and to set new goals. so do i. i gotta few goals or we malay called it azam baru. So apa azam awak awak semua untuk tahun ni? Cerita pasal azam ni sebenarnya terlalu banyak yang kita inginkan. dari sekecil kecil benda sampai la ke something big. Paling penting, i wanna be a better me than yesterday *big time* for myself, and people surround me. always tapi we people isnt purrfect so we keep doing mistake tanpa sedar.


*family photo time*

This early morning out of sudden, i was thinking about my past dari start primary sch, secondary sch and till now 2019. there is so much things that i have done wrong. To those yang saya ada terbuat something sampai they hate me, dont like me, terasa hati, tercalar sikit sikit ke kan. Iam really sorry for whatever things i have done bad to you guys. and i guess adalah few ticers yang saya rasa till now they cant forgive me (admit that iam the naughtiest, stubborn and annoying person alive). To parents, families, friends and strangers too iam really sorry and regret it and yaaa i really mean it this time. Wish that those yang pernah buat silap, terasa hati and sakit hati dengan i akan baca this post and theyll forgive me. Tahun 2019 ni saya nak hidup dengan lebih tenang tanpa dibenci sesiapa. I know life isnt about to please others and forced people to like us but hey its not a good feeling if people hate us. I dont really like being hated and its not awesome at all (ada ke orang happy bila dibenci LOL). so please guys, can you all forgive me? dah 2019 so please no more hatred, and lets keep spreading love <3. can weeeeeeeeee?

Next, lets talk about what is this blog for? Guess it will be more to self update for my own reading *bedtime story*, to remind me my good old days and memories in future later. Somehow, i noticed that iam that kind of person yang obses dengan diri sendiri (well, who doesnt?). like when i update a story on instagram, i can watch it many times all over again and again and again without getting bored. so lol kan? same goes to another soc med jugak. didnt know is thats because i just want to make sure the things that i posted is not offence or hmm i guess nope, clearly its because iam obsessed with myself *weirdo*. Iam gonna put it here on this blog and readable by others to share my happiness. So feel free to come to my blog without feel hesitate. No charge will be incurred LOL.


Anyway, alang alang story pasal azam baru dekat atas tu, saya nak list kan beberapa azam dan perubahan yg saya nak untuk 2019. Bukan apa, mana tahu tersasar dari landasan ke so boleh refer dekat sini and by end of year I boleh analyze mana yg i tak buat lagi dan ketuk kepala sendiri later!

i) Banyakkan memberi daripada menerima. Yes, i sedar banyak kekurangan dari segi ni. I banyak getting daripada giving all this time. so guess dah tiba masa untuk buat perubahan on this. No one has ever become poor by giving quote by Anne Frank ni is good actually. Even dalam Islam, Allah swt akan lebih menambahkan nikmat rezeki seseorang tu bila dia banyak memberi dan bersedekah.

ii) Get fit! yes ni dari dulu i tekankan tapi tula malas dia lagi berganda. selalu berzumba and squat je tu pun on off tak konsisten (ikut suka hati je nak buat tak nak buat).  semangat nak pergi gym dengan swimming ni tinggal angan angan aiyoo. gym dengan swimming pool bawah rumah ni jadi perhiasan je LOL. kalau dulu masa kecik sanggup pergi swimming pool jauh alam siap bayar rm2 setiap jam ahaha. so this time i really kena work for it. how malas sekalipun kena paksa. and ohh one more thing buat plank everynight before sleep for a minute. kalau tak start harini bila lagi kan. hopefully by end of this year i dah ada sixpack LOL. Impian yang takkan pernah tercapai is nak berat 35kg. i always nak kurus even people keep remind me yang i dah cukup kurus. even my BMI category underweight tp i still want that 35kg. againnnnn *weirdo*. get fit ni jugak i nak tingkatkan ketahanan badan i. tak nak dah lembik lembik sikit sikit lenguh sana sini. cukup cukup la dah terlalu manjakan badan selama ni. manjakan badan dengan spa and so on is okay. hehe. eat clean? hmm tu susah sikit sebab food sangat temptation. suka goda goda me. kalau i letak dalam azam 2019 pun benda tu akan fail dulu LOL. its okay, kita balance kan balik dengan exercise tadi okay. tapi tapi sekarang tengah challenge myself dari stop minum air bergas. selalu tu dalam seminggu sure i akan wassap my husband suruh belikan air coke or vanilla coke otw back home dari work. hopefully i can tahan. and yeah, kurangkan gula dan garam dalam makanan too which actually dah lama jgk try control tp tersasar sikit sikit sometimes. fav air i adalah milo and i mampu ratah milo tu just liddat je haihh no good ayu no good. stop that habit please.

*͢͢͢͢͢͢͢͢͢͢͢͢͢facebook macam tahu tahu je kan ahah*


iii) Tidur awal, bangun awal dan mandi awal pagi. Nampak macam benda senang je kan? for you guys yeah maybe, but for me? nahh not that easy. nak nak iam a housewife who stay at home doing nothing yang tak memerlukan i keluar jumpa people tak memerlukan i bersiap. even kalau keluar pergi shopping groceries pun i takkan mandi (padahal rumah dah ada heater pun malas mandi). husband balik je baru mandi tu pun sbb terfikir isteri kena bercantik cantik berhias hias berwangi wangi depan suami. dalam sebulan tu adalah 2 3 kali i tak mandi seharian mandi esoknya *yikesss selekeh perangai ikr*. tapi kalau mood rajin mandi tu datang, i boleh duduk dalam toilet selama yg boleh. tidur awal and bangun awal ni masalah yang tak pernah berkesudahan dari dulu lagi. saya sejenis yang tak boleh tidur petang, kalau tidur petang tu maka tengah malam terkebil kebil mata tak nak tidur. paksalah macam mana pun berjam jam sekalipun baring belum tentu tidur end up tengok movie sampai pagi and lepas husband pergi work baru boleh tidur. rugi sebenarnya bila bangun bangun dah tengahari. you akan rasa waktu yang ada limited sangat and tak puas. tapi tula timing tidur i akan normal dalam 3 ke 4 hari je lepas tu back to kelawar malam malam tak tidur. nak betulkan balik timing tidur tu masyaallah sikit punya payah. kena disiplin kan diri dalam bab ni.

iv) Hafal surah pendek, Al-Kahf, Al-Mulk and few more surah yang dihighlightkan. dunia dah nak dekat akhir zaman ni, cuba untuk mempersiapkan diri dari sekarang menjadi lebih sempurna. solat di awal waktu, bukannya buat combination zuhsar, maghsyak. faham tak what i mean? zuhur lagi 5 minit before asar, and sambung asar terus. sama la maghrib isyak pun huhuu. so pasal keagamaan ni tak nak cakap lebih lebih sebab biar kita kita je tahu.

v) Kurangkan shopping and start saving. i really need to start doing this. duit suami bagi setiap bulan habis macamtu je beli benda merepek. i sejenis suka beli baju, handbag and shoes, beli tapi untuk buat collection je bukan pakai pun. so its kind of pembaziran dekat situ. i have decided lepasni duit husband bagi i wanna use it wisely and tak nak membazir dah.

Okay la cukup dah tu kot untuk first entry. Panjang berjela dah ni (nampaklah semangat tahun baru nya LOL). I have few plans too untuk 2019 but never mind lets just keep it between myself je. Nanti kita cerita sana sini tak jadi pulak. Kita merancang je tapi Allah swt yang berhak menentukan. In shaa Allah, may 2019 be another great year for me and suami and for all of us too. In shaa Allah amin allahuma amin.